Breaking News

Tuesday, January 13, 2015

Pembedahan Menyeimbangkan Saiz Payudara Bertukar Menjadi Mimpi Ngeri!

Seorang pengurus restoran dikatakan menyesal dalam kesakitan selepas prosedur kosmetik untuk menyeimbangkan saiz payudaranya menjadi mimpi ngeri baginya. Hal ini terjadi selepas prosedur pembedahan menyamakan saiz payudaranya telah dicemari kuman dan mengalami jangkitan yang teruk. Ini menyebabkan Laura Damiani menderita ' kesakitan yang tidak tertanggung selama beberapa minggu.

Kesilapan pembedahan tersebut menyebabkan payudaranya mula reput dan mengalami gangren dalam 14 hari kemudian. Keadaan menjadi begitu buruk sehingga pakar bedah terpaksa mengeluarkan puting dan areola beliau , kerana ianya telah teruk dijangkiti .


Walau bagaimanapun , pakar bedah tersebut seolah-olah tidak bersimpati kepada Laura dan berkata, " Oh ini memang kadangkala berlaku cuma ia tidak berlaku kepada saya dalam masa yang lama”. Kehidupan Laura hanya mula kembali normal selepas 18 bulan penderitaan dan tiga lagi operasi - salah satunya adalah pembinaan semula puting dengan doktor lain.



No comments:

Post a Comment

Designed By VungTauZ.Com