Siapakah yang telah terpilih
untuk menyertai Maharaja Lawak Mega 2014 dari kerusi panas? Hanya 5 sahaja
peserta atau kumpulan yang telah dipilih untuk menyertai pertandingan lawak
terbesar di Malaysia ini.
Kumpulan pertama yang terpilih
ialah Kumpulan Ekzos. Lawaknya yang bersahaja dan lancer membolehkan mereka
terpilih. Kumpulan kedua yang dipilih ialah Samurai. Man kelihatan sangat sebak
semasa pengumuman tersebut dibuat. Kelebihan pengalaman membolehkan kumpulan
mereka dipilih. Kumpulan ketiga yang terpilih ialah kumpulan Zero. Lawak yang
sempoi dan bersahaja mereka sangat berkesan dan mencuit hati juri.
Begitu juga
dengan kumpulan ke 5, tidak asing lagi iaitu kumpulan Wala. Mereka telah berjaya sehingga minggu ke 8 pada musim lepas. Kumpulan Terakhir yang terpilih
ialah kumpulan Shake. Dengan kehadiran Bell Ngasri dan juga Amir, lawak mereka
memberikan impak yang berkesan kepad penonton.
Apa-apa pun, kami mengucapkan
semoga mereka berjaya memberikan saingan yang sihat kepada kumpulan yang telah
sedia terpilih ke Maharaja Lawak Mega 2014. Tahniah semua!
Ekzos, Zero, Samurai, Wala, Shake,
No comments:
Post a Comment