Benarkah individu yang gemar
menutur frasa yang dianggap lucah merupakan golongan yang kurang kasih sayang?Apakah
ini 'trend' golongan remaja dewasa ini?
Menurut Timbalan Pengarah
Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Dr Abdul Jalil
Hassan berkata, orang muda yang sering menuturkan perkataan ini boleh juga
dianggap mahu menagih perhatian daripada masyarakat.
"Sudah jadi 'trend'
sekarang. Dari segi isunya ia memang masalah individu yang mahu perhatian."Dia
buat, dia rasa seronok, bila dia sudah seronok, dia sanggup buat apa sahaja
untuk tunjukkan kepada masyarakat tentang perangainya itu," katanya ketika
dihubungi di sini, pada Rabu.
Dr Abdul Jalil mengulas 'trend
remaja yang suka mengungkap perkatan berunsur lucah 'ale uto' (yang merupakan
singkatan kepada perkataan yang membawa maksud lucah) di dalam perbualan
seharian mereka.
Ia menjadi 'viral' di media
sosial dan turut dirakam oleh seorang remaja dari Pantai Timur dalam
sebuahvideo pendek yang telah dimuat naik di laman YouTube. Menurut Dr Abdul
Jalil, pelaku berkenaan juga dianggap cuba menjadi 'hero' atau 'heroin'
masyarakat dan mengalami masalah sikap.
"Ia sama juga dengan mereka
yang memuat naik gambar makanan di laman Facebook. Apa motif sebenar kelakuan
itu, dari segi jati diri memang tiada, cuma dia tunggu orang lain kata dia
hebat," jelasnya. Dalam pada itu, kata Dr Abdul Jalil, masalah itu turut berpunca
daripada ibu bapa yang menganggap anak mereka sudah matang sebelum masa.
"Anak-anak seawal darjah
lima atau enam sudah dibiarkan 'berdikari' tanpa dikawal ibu bapa. Mereka bebas
bergaul termasuk tiada sekatan di media sosial, akhirnya pengaruh negatif akan
meresapi mereka. "Budaya timur sudah semakin terhakis, apabila masyarakat
sendiri menganggap itu satu norma sehari-hari. Apa yang penting keseronokan
diri sendiri," jelasnya.
Jelasnya, selain menjadi kegilaan
orang ramai, aktiviti yang dilihat menjengkelkan itu menjadi petanda kepada
masalah psikologi. Dalam pada itu, pakar psikoterapi Azman Shah Aziz melihat
situasi yang terjadi berpunca daripada keterbukaan internet masa kini.
"Mungkin dahulu cara remaja
menunjukkan 'perangai' adalah dengan menunggang motosikal dengan laju, dan
amalan itu sudah berubah kini."Sekarang ini keterbukaan dan pendedahan
kepada internet di kalangan remaja terlalu luas. Bukannya mereka ini tidak
diajar apa yang baik atau apa yang buruk, mereka tahu semuanya.
"Jumlahnya juga bukan
majoriti tetapi segelintir itu memberi kesan yang sangat negatif kepada seluruh
masyarakat," katanya. Jelasnya lagi, remaja yang berpelakuan demikian juga
berpunca 'peniruan' daripada unsur-unsur
negara Barat. Azman bagaimanapun menafikan tingkah laku itu merupakan masalah
psikologi namun menganggapnya lebih kepada nilai kehidupan.
"Mungkin mereka akan dilihat
mempunyai masalah emosi jika terlebih maki. Tetapi mereka ini bukan dalam kelompok
yang kurang kasih sayang."Remaja sekarang lebih liberal, persoalannya kini
bagaimana kita hendak menguruskan mereka?" jelasnya.
No comments:
Post a Comment