KUALA LUMPUR: Mohamad Yazid Lim
Mohamad Aziz, 31, atau Johan 'Abe Macho'
muncul juara Super Spontan 2014. Johan telah menewaskan lima peserta
lain dan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, sebuah Toyota Camry dan
trofi.
Naib Juara menjadi milik Shahrul
‘Super Gayung’ yang menerima wang tunai sebanyak RM50,000, diikuti Shuib
‘Raksasa Comey’ ditempat ketiga bersama wang tunai berjumlah RM25,000. Masing-masing telah
menerima trofi Super Spontan 2014. Manakala Achey (Acik Gelek), Yus ‘Sugar
Kane’ dan Tauke ‘John Senah’ masing-masing berada di tempat keempat, kelima dan
keenam turut membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 berserta sebuah trofi.
Hadiah telah disampaikan oleh Ketua Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani.
Gelanggang akhir Super Spontan
2014 yang berlangsung di Melaka International Trade Centre (MITC) pada malam
Jumaat, telah disiarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132) dan
Mustika HD (saluran 134). Program ini turut menampilkan Afdlin Shauki dan Adlin
Aman Ramli sebagai pengacara, Ray dan Hanif sebagai pengadil perlawanan
manakala Amir Raja Lawak sebagai pembantu pengacara.
No comments:
Post a Comment