Sekitar bulan Februari lalu,
kecoh dunia hiburan tanah air apabila Jep Sepahtu didakwa telah bertunang
dengan seorang gadis sekampung dengannya di Kluang, Johor.
Walaupun pada mulanya Jep dilihat
seakan-akan lari daripada pihak media, akhirnya pelawak terkemuka itu menafikan
khabar angin tersebut dan menjelaskan bahawa dia masih lagi solo.
Berlainan pula dengan apa yang
terjadi baru-baru ini iaitu hujung September yang lalu, sebuah portal hiburan
ada menulis tentang khabar angin yang timbul mengatakan Jep Sepahtu, atau nama
sebenar beliau Mohd Nadzri Bin Zainal Abidin kini sedang bahagia bercinta
dengan seorang pelakon jelita namun nama atau identiti gadis itu tidak pula
didedahkan.
Baru baru ini, Jep Sepahtu ada
berkongsi sekeping gambar beliau bersama seorang gadis melalui akaun Instagram
dan menimbulkan gadis juga pelakon bernama Nazeera Sardi itu merupakan kekasih
barunya seperti yang dilaporkan portal tersebut.
Tidak lama kemudian timbul pula
sekeping lagi gambar yang kami kira diambil pada hari yang sama namun kali ini
menunjukkan Jep Sepahtu bergambar bersama Nazeera Sardi dan juga ibunya yang
terus disakat peminat adakah bakal ibu mertua?
Nazeera Sardi merupakan pemegang
Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri dan pelakon yang pernah muncul di kaca
televisyen menerusi drama Hanya Padamu sekitar tahun 2012 yang lalu dan kini
masih aktif berlakon. Kami mendoakan sekiranya benar mereka bercinta, semoga
jodoh mereka berpanjangan
No comments:
Post a Comment