Breaking News

Wednesday, October 22, 2014

Pemandangan Cantik di Taj Exotica Resort & Spa Maldives ini Mungkin Membuatkan Anda Ingin Melawatinya Sekarang!

Pernahkan anda terbayang percutian di sebuah resort yang dikelilingi oleh lautan biru yang luas dan tenang?Jika ya, Taj Exotica Resort & Spa Maldives mungkin dapat memenuhi impian anda. Ia adalah sebuah pulau peranginan yang sangat eksklusif, bersifat persendirian  dan romantis yang kaya dengan tumbuh-tumbuhan tropika dan dikelilingi oleh perairan biru sekaligus menjadikannya salah satu lagun terbesar di Maldives. Resort ini terletak 15 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa MalĂ© dengan menggunakan bot laju yang mewah.

Taj Exotica Resort & Spa dibina di sepanjang pantai yang bersih dan lagun yang tenang . Tempat peranginan Emboodhu Finolhu adalah dahulunya kawasan dermaga bagi memudahkan pengunjung bertandang ke Pantai Embudu. Resort yang memenangi pelbagai anugerah ini dikurniakan keajaiban dan kecantikan pulau semula jadi dalam landskapnya serta turut menawarkan semua yang terbaik dalam kemewahan kontemporari dan perkhidmatan. Villa dilengkapi dengan kolam renang yang mempunyai bar ditepinya.

Televisyen LCD yang disediakan mengandungi saluran satelit premium. Bilik tamu juga dilengkapi dengan katil dan perabot mewah , akses Internet wayarles, dan akses Internet  kelajuan tinggi. Perpustakaan dan kedai butik turut disediakan.

Percutian tidak lengkap sekiranya anda tidak ke spa. Jiva Grande Spa, spa terbaik di Maldives ini mempunyai 2 bilik rawatan termasuk bilik untuk pasangan. Perkhidmatan yang disediakan termasuk urutan seluruh badan, rawatan muka, balutan badan dan scrub badan. Spa dilengkapi dengan aktiviti mandi lumpur, sauna dan mandi Turki / hammam. Pelbagai terapi rawatan disediakan termasuk aromaterapi, Ayurveda , dan hidroterapi.


3 Restoran yang wajib anda kunjungi ialah Restaurant 24 Degree, The End Deep dan The Side Pool. Anda boleh memilih pelbagai hidangan enak dan eksklusif termasuk hidangan dari hasil laut yang segar. Jadi apa tunggu lagi, mari ke Maldives!












No comments:

Post a Comment

Designed By VungTauZ.Com