Breaking News

Tuesday, October 21, 2014

11 Contoh Kolam Renang Yang Cantik Dan Sesuai Untuk Rumah Anda, No. 7 Amat Berpatutan! ( Beserta Faktor Yang Harus Dipertimbangkan)

 Kolam renang telah menjadi satu kemestian bagi mereka yang ingin mempunyai landskap rumah yang cantik dan menarik. Tetapi, apakah ciri-ciri atau faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat kolam renang? Berikut ialah antara perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum membina kolam renang yang cantik dari segi landskap dan reka bentuknya.

 Lihatlah reka bentuk kolam sebelum melakukan apa-apa lagi. Anda perlu tahu apa jenis kolam yang anda ingin dan dimensi sebelum anda meneruskan kerja-kerja pembinaan. Selain itu, anda juga harus menetapkan tema pembinaan kolam renang anda. Ada yang memilih untuk membina kolam renang outdoor, ada yang lebih gemarkan indoor, dan ada yang memilih untuk membuat sidebar pool dan jakuzi. Adakah anda ingin kolam segi empat tepat? Adakah anda ingin kolam gaya paparan? Mungkin juga anda ingin buah pinggang atau kolam bentuk bengkok?

 Kemudian, pertimbangkan bajet anda. Dalam zaman kenaikan harga barang yang tidak menentu dan juga pengurangan subsidi minyak petrol, segala yang melibatkan wang perlu dipertimbangkan. Adalah mahal untuk menambah saiz kolam renang dan juga menjaganya.  Sekiranya kos membina kolam renang adalah RM 40k, anda mungkin memerlukan kos RM2k untuk menjaganya setiap bulan, termasuk bil air!

 Pertimbangkan asas kolam. Kolam liner Vinyl adalah kolam yang paling mudah dan paling murah untuk dibina dan memerlukan kemahiran yang kurang daripada pembinaan kolam konkrit. Setelah mengambil kira perkara-perkara asas,anda juga harus menagmbil kira hiasan hiasan di sekeliling kolam tersebut. Adalah penting untuk anda mengikut tema yang telah anda pilih pada awal pembinaan kolam tadi.












No comments:

Post a Comment

Designed By VungTauZ.Com