Kuala Terengganu: Penyebaran video lucah di laman sosial yang
kononnya mengaitkan pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI)
hanyalah niat jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama di negara
ini.
Sambil menafikan pelaku dalam
video lucah yang sudah tersebar luas itu adalah UAI, pembantunya Zulkifli Wahab
berkata, ia adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan
ulama selain cuba menggagalkan usaha penyebaran dakwah di kalangan umat Islam
di negara ini.
"Bukan... jangan
percaya.. itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan
saja UAI tetapi juga golongan ulama di negara ini.
“Kebelakangan ini
seperti sudah wujud trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama ini.
"Ini kerana pihak
yang berkenaan seperti tidak senang duduk apabila melihat masyarakat Islam di
Malaysia sekarang semakin suka dan rajin ke majlis ilmu hingga program ceramah
agama dan dakwah sudah menjadi fenomena sekarang.
"Justeru, pihak
tertentu sengaja merancang usaha kotor ini untuk menjatuhkan ulama dan
memesongkan akidah umat Islam di negara ini.
"Ia termasuklah
program 'I Want To Touch A Dog' di ibu kota baru-baru ini.
“Mereka akan buat apa
saja untuk merosakkan umat Islam," katanya ketika dihubungi di sini, hari
ini.
Ditanya penerimaan UAI
mengenai penyebaran video lucah mirip dirinya itu, Zulkifli berkata, UAI masih
meneruskan program ceramah seperti biasa dan tidak terjejas dengan penyebaran
video palsu itu.
No comments:
Post a Comment