Breaking News

Thursday, November 6, 2014

6 Kebaikan Air Perahan Lemon Terhadap Badan

Kesihatan amat penting dalam kehidupan seharian. Apalah gunanya wang ringgit berjuta-juta sekiranya kesihatan kita tidak berada dalam keadaan optimum. Dalam Islam juga, kesihatan dititik beratkan dan agama-agama lain juga ada mengajar tentang penjagaan kesihatan. Dengan menjaga pemakanan, kita dapat sekaligus menjaga kesiahatan. Pernahkah anda mengamalkan meminum air suam yang dicampur dengan perahan lemon? Terdapat 6 faedah kesihatan yang anda perolehi sekiranya anda mengamalkannya setiap pagi atau setiap hari.  

1. Meningkatkan sistem imuniti tubuh
Lemon penuh dengan vitamin C dan kalium. Vitamin C sangat baik dalam melawan selesema, manakala kalium merangsang otak dan saraf dan membantu dalam mengawal tekanan darah.

2. Mengimbangkan nilai pH anda
Lemon adalah makanan yang sangat beralkali. Lemon itu sendiri mengandungi asid, tetapi di dalam badan kita mereka bertindak sebagai alkali (asid kapur mewujudkan keasidan dalam badan setelah diproses di tubuh). Alkali ini adalah penting untuk kesihatan yang baik.

3. Membantu mengurangkan berat badan
Lemon penuh dengan serat pektin, yang membantu mengurangkan kekejangan yang disebabkan oleh kelaparan. Ia juga menunjukkan bahawa orang yang mengamalkan diet yang melebihkan alkali, kehilangan berat dengan cepat.

4. Membantu dalam penghadaman
Air suam merangsang organ dalaman dan proses peristalsis. Oren dan lemon hijau mempunyai jumlah mineral dan vitamin yang tinggi untuk membantu pembebasan toksin dari saluran penghadaman.

5. Bertindak sebagai diuretik semulajadi
Jus lemon membantu dalam perkumuhan bahan. Toksin adalah lebih cepat dan lebih kerap keluar dari badan dan ianya membantu mengekalkan kesihatan saluran kencing.

6. Membersihkan kulit
Vitamin C membantu mengurangkan kedutan dan noda pada kulit. Air lemon menyahtoksin dari darah, dengan itu mengekalkan kulit sentiasa bersih.






No comments:

Post a Comment

Designed By VungTauZ.Com