Sana sini terdengar ura-ura yang mengatakan bahawa hubungan
di antara Zizan Razak dan Emma Maembong kini sudah putus dan sehingga kini
tiada kepastian sebenar yang dimaklumkan oleh pasangan ini kepada media. Umum
mengetahui bahawa pasangan ini sudah lama menjalinkan hubungan percintaan dan
kemesraan mereka berdua terserlah di layar perak mahu pun di luar. Dan
baru-baru ini ketika di Maharaja Lawak Mega 2014, Zizan turut membawa Emma
menemaninya di belakang pentas.
Dan sejak beberapa hari ini, menerusi instagram Emma,
dirinya ada memuat naik lagu yang seakan-akan sedang putus cinta dan membawa
diri menyambut Tahun Baru bersama rakannya di Thailand dan juga ke Terengganu
bersama ayahnya. Walaubagaimanapun di instagram Zizan sendiri, beliau ada
memuat naik foto dirinya minum bersama Emma beberapa hari lalu dan antara
kapsyennya ialah "Ya Allah Ya Tuhan ku...Semoga dipercepat jodoh kami..
#missu #loveu.'
Namun begitu, menerusi laporan akhbar Harian Metro 7/1/2015,
Emma Maembong sendiri telah mengesahkan mereka telah berpisah dan dia belum
bersedia memberikan penjelasan lanjut mengenai apa yang menjadi punca
perpisahan mereka.
Gosip mengenai keretakan hubungan Emma dan Zizan mula
diperkatakan beberapa minggu lalu, namun kedua-duanya mereka menafikan perkara
tersebut serta menjelaskan hubungan mereka masih dalam keadaan baik.
Bagaimanapun, sekali lagi isu tersebut diperkatakan apabila
kedua-dua selebriti ini memberikan beberapa pembayang mengenai perpisahan
mereka pada akaun media sosial masing-masing.
Dipercayai, perpisahan ini dikatakan berlaku atas permintaan
Emma. Bagaimanapun, setakat ini masih tiada jawapan dan alasan sebenar yang
menjadi punca hubungan itu bernoktah.
No comments:
Post a Comment