Breaking News

Monday, January 5, 2015

Kenapa Lamaran Hairul Azreen Terhadap Hanis Zalikha Mendapat Kritikan Peminat?

  Lamaran cinta pelakon Hairul Azreen terhadap aktres dan blogger terkenal Hanis Zalikha yang dipertontonkan secara langsung menerusi pentas akhir Konsert GegarVaganza pada Ahad telah mengundang rasa tidak senang hati pelbagai pihak.

Rata-rata pengikut setia beliau melalui laman sosial meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan pasangan tersebut dan menganggap lamaran aktor itu tidak kena pada tempat dan terlalu mengikut budaya barat

Malah, juga ada yang menyifatkan perbuatan Hairul itu seakan-akan tidak menghormati acara dan juga penyanyi-penyanyi otai yang bersungguh-sungguh bertanding di konsert akhir GegarVaganza.

Kebanyakkan komen tersebut tidak bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh aktor tersebut dan berpendapat Hairul sepatutnya terlalu mengikut lamaran budaya barat yang memerlukan jawapan ‘Yes or No’. Di bawah merupakan kritikan dan komen peminat terhadap lamaran tersebut

Bagaimanapun, Hairul ketika ditemui Astro Gempak berkata sudah bersedia untuk menerima apa sahaja kritikan yang dilemparkan kepadanya. Hairul sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa hubungannya bersama Hanis hanyalah sekadar teman rapat

Terpulanglah kepada peminat dan penyokong mereka di luar sana untuk mengutarakan pendapat masing-masing. Sekiranya jodoh mereka telah ditentukan, kita doakan agar ianya berpanjangan dan diredhai-Nya







No comments:

Post a Comment

Designed By VungTauZ.Com